Tuesday, November 15, 2016

Pengalaman Detox Parasit Hari Pertama

Sebenarnya kakDa nak buat Detox Parasit yang makan masa 2 minggu. Kalau diikutkan, detox parasit yang FullDetox kena start 1 minggu lebih awal daripada tarikh 15hb (bulan islam) dan diteruskan 1 minggu lagi selepas 15hb.


Dan nak buat fulldetox ni kena la ada pantang larang nya. Juga ada supplemen berkaitan yang perlu diambil. Supplemen tu tujuannya tak lain tak bukan supaya proses detox parasit yang kuta buat akan lebih berkesan dan berjaya menyingkirkan parasit yang ada dalam badan kita termasuk telur-telurnya.huhu.. (geli mak tau! )


Tapi disebabkan kakDa adalah seorang pencinta makanan, maka kakDa masih tak punya kekuatan untuk ber Fulldetox ni.huhu.. 


Agak jeles tau tengok orang lain yang mampu buat. Diorang siap hilang inci, berat turun berkilo kot dalam tempoh 2 minggu. lepas tu siap rasa dah tak craving benda manis, dah tak pelik tengok kek, minuman manis pun tak lalu lepas buat fulldetox bersama dengan Supplemen khas dia.huhu..


Ko tengok?ko tengok? Macam mana la nak kurus. Nak buat detox 2 minggu pun tak sanggup. Apatah lagi nak beratkins bagai. Dugaan ka cabaran pun tak tau nak kata apa. 


Jadi dipendekkan cerita, kakDa pun join la geng ibu-ibu (dalam family Fabulous-U Shaklee kakda) yang masih breastfeeding kan anak untuk berr Softdetox.hahah.. kononnya nak practice dulu. Dah ok dengan softdetox, baru lah bole buat Fulldetox. Tak nak bagi badan terkejut dik oii.. (cover... Padahal takleh tinggal makan-makan ni. kakDa kan pencinta makanan.haha..)


Hari pertama berlalu dengan ok. Minum Coffee pun tak letak gula. Minum dengan susu cair saja.. sedap juga. Yang penting ada rasa coffee..huhu.  sampai lah masa lunch, k.da pun goreng la sotong celup tepung.

Gambar google je ni. Mengancam kan?haha

Ko baca tak apa menu yang kakDa masak lunch tadi? Sotong Celup Tepung!! Sedap kot!! Mana nak tahan..ambik satu, lepas habis satu ambik satu lagi, habis ambik lagi..hahaha.. (yang aku ni pun apa pasai la gatal tangan sangat masak menu ni.alahaiii..T_T)


Nak detox parasit ni, syarat dia yang paling utama kita kena elakkan tepung gandum dan gula. Tapi tak tahan la tengok Sotong Celup Tepung. Lagi pula goreng guna tepung jenama Bestari tu. Sedaaapppp... Sedap dari makan kat kedai kalau guna tepung Bestari ni.


Jadi hancur la detox hari pertama dengan godaan Sotong Celup Tepung.huhu..tak pa. Esok kita jadi good girl.. T_T


Pengalaman Detox Parasit Hari Kedua.

1 comment:

  1. Atenya.... lucu lah kak ida chalo ni.... as baru nak mula detox parasit... no sugar and tepung kan... hihih

    jemput lawat blog saya

    http://www.mamaiqram.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...