Tuesday, November 15, 2016

Pengalaman Detox Parasit Hari Kedua

Hari kedua ni kakDa nak disiplin lebih sikit. Semalam dah cheat makan sotong celup tepung. Tak kan hari ni nak cheat juga kan. Tak baikk tau.. kata nak detox.


Sebenarnya kakDa pesan kat geng detox kakDa sebelum start detox ni, rekod berat dan ukur lilit pinggang, punggung, peha dan lengan. Tapi kakDa sendiri pun tak cek ukut lilit sebab tak jumpa tali tape.haha.. kakDa sempat lari g Tesco Kota Bharu hari sebelum start detox, dapat la rembat mesin penimbang.


Kalau bukan sebab detox ni, tak beli kot. Biasa kakDa dengan husband akan cek berat time g klinik je. Time2 anak sakit, haa.. bole lah curi2 timbang. Tapi dah lama sangat kot tak timbang berat. Sebab anak-anak pun tak sakit. Jadi tak ke klinik la kami. 


Memang kakDa dapat rasa badan naik. Seluar pun rasa ketat semacam. Tak selesa. Takut sebenarnya nak cek berat ni. Takut cecah angka 6.hahah.. sampi je kat rumah, buka plastik mesin penimbang, terusss je naik. Siap rebut-rebut dengan anak-anak lagi sape nak naik dulu.huhu..


Mak dorang ni dah la tengah nebes nak cek berat, bole pulak dorang beriklan kacau kakDa.huhu.. Lepas letak sorang2 atas mesin penimbang, baru lah anak-anak puas hati, bagi chance kat mama nak naik pulak.  Jeng..jeng..jeng.. 55KG!! (Alhamdulillah..Mujuuurrr ada pamoga.hahaha..) ok wat lawak je, kakDa tak minum pun pamoga.haha..


Ku ingatkan berat dah 60kg, rupanya baru 55kg.huhu.. syukurr masih belum terlambat untuk berdiet dengan baik. Bila dah masuk usia angka 3 kat depan ni, walaupun kita tak makan banyak, biasanya berat still akan naik. Mungkin sebab hormon kita dah berubah kot.



Zaman muda remaja makan apa saja pun tak gemuk mana. Masa anak sorang, tak yah diet apa, berat turun sampai 50kg sebab breastfeeding anak je. Padahal masa pregnant berat kakDa naik bukan main. Dari 54kg g dekat 74kg.. habis pantang turun sampai 58kg. Cepat kan? Rasanya sebab baby kakDa kuat BF dan kuat nangis. Setiap jam dia bangun nak menyusu. 


Dah tu pulak, bilik kakDa berpantang (kat rumah mertua) punya lah panas. Macam bersauna je hari2. Peluh bukan main. Nak tido pun tak selesa. Jadi tak pelik kot habis pantang je berat turun sampai 58kg.haha.. pastu masa baby umur 6bulan, berat kakDa dah 50kg. Masa baby umur 8bulan, kakDa pregnant pula.muahaha.. (okay dah lari tajuk..hehe)


Hari kedua ni kakDa tak cheat. Tapi bila fikir balik, pagi tadi kakDa goreng mee. Goreng mee konfem la guna sos-sos semua tu kan. Dalam sos ni biasa mesti banyak gula. Huhu.. so, kira tak berapa betul juga la detox day 2 kakDa ni.huhu.. hancuss!


Petang tadi sempat lagi kakDa buat puree Betik bersama bijinya. Petua paling mujarab untuk bunuh parasit dan telur-telurnya adalah makan BIJI BETIK. Biji tau, bukan buah. Biji betik! Jadi kakDa pun blend kan betik dan biji-bijinya, sukatan main belasah. KakDa buhh jah semua ikut baki betik yang ada petang tadi.haha..




Mix dengan fresh milk, tak buh batu, sebab susu pun dah sejuk , betik pun baru keluar kan dari dalam peti ais. Patutnya kakDa nak buat jus. Tapi sebab susu tak banyak, pastu pulak betik terlebih kot. So jadi lah puree.haha.. rasa dia agak pedas2 sikit. Tapi belasah je telan. Nak bunuh parasit kannn..



Nak beli Set Detox Parasit, klik link kat bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...