Monday, October 17, 2016

Tips Bisnes Dari Rumah Sambil Jaga Anak Dan Urus Rumahtangga

Sejak melahirkan si kembar, kakDa ambil keputusan untuk berhenti kerja dan stay kat rumah untuk jaga anak sambil berbisnes. Keputusan ni dibuat setelah kakDa suami isteri berbincang dengan mengambil kira segala kos dan kebarangkalian yang mungkin akan berlaku.

(pic from google)

Ramai wanita atau ibu diluar sana sebenarnya mempunyai keinginan yang sama seperti kakDa untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak dirumah. Namun tidak semua mempunyai kemampuan untuk berhenti kerja lebih-lebih lagi jika mempunyai pekerjaan yang bergaji besar.


Walaupun sudah berhenti kerja dan hanya tinggal dirumah, itu tidak bermakna kita tidak boleh membantu suami untuk menambahkan pendapatan keluarga, kerana kita masih boleh memulakan kerjaya dengan berbisnes dari rumah sambil menjaga anak-anak yang masih kecil.


Dan ia bukanlah sesuatu yang sangat sukar terutama bagi mereka yang baru ingin mencuba-cuba jika tahu cara yang betul.


Mari kakDa kongsikan sedikit tips berbisnes yang kakDa amalkan untuk ibu yang stay kat rumah (SAHM) sambil menguruskan anak kecil dan rumahtangga agar bisnes dapat berjalan dengan baik tanpa menjejaskan tugas serta rutin harian kita. ^_^


Tips Bisnes Dari Rumah Sambil Mengasuh Anak Yang Masih Kecil

 

1. Ibu mestiah mempunyai hati yang cekal. Kalau rumah bersepah, silalah jangan ambik hati sangat. Ingat! Rumah yang mempunyai anak kecil, jika bersepah itu normal. (Rumah orang lain pun sama, so tak payah nak stress sangat).

Sebab anak-anak yang masih kecil ni memang aktif dan sentiasa ada idea untuk bermain. Kalau rumah dapat bertahan kemas selama 5 minit, itu sudah cukup menggembirakan.haha.. ^__^


2. Bukan apa, kalau pun kita kemaskan setiap masa dengan wujudnya anak-anak syurga (macam kakDa ada 4 orang anak syurga kat rumah ni), yang kita dapat hanyalah penat.

Penat membebel dan penat mengemas. ^_^ Dan yang paling perlu dielakkan adalah takut kita terrrcakap benda tak baik kat anak-anak semasa marah/membebel.



3. Bagi mengelakkan kita menghabiskan terlalu banyak masa untuk mengemas rumah, (yelah kita kan nak online lagi buat keje-keje bisnes kita. ^_^) pastikan hanya kemas yang betul-betul kotor sahaja.

Contohnya air atau makanan yang tumpah. Makanan atau air yang tumpah boleh tersebar ke tempat lain jika tidak dikemas serta merta. Jadi pastikan jangan bertangguh untuk lap kotoran itu. Okay? ^_^


4. Pastikan ajar anak cara mudah untuk jaga kebersihan rumah. Semua sampah atau sisa makanan hendaklah dibuang terus ke dalam tong sampah. Jangan disepah-sepahkan di atas lantai. 

Pinggan dan gelas kotor perlu diletak terus kedalam sinki. Jangan tinggalkan kat lantai atau meja. Anak-anak mudah faham. Namun mereka juga mudah lupa dan perlu diingatkan berulang kali.

Jadi Ibu jangan pernah bosan untuk ajar anak-anak pasal kebersihan atau apa-apa sahaja. 



5. Jangan keluarkan semua mainan serentak pada satu masa. Bagi sedikit-sedikit. Kalau bole, suruh anak pilih, nak mainan apa. 

Makin banyak mainan, makin luas kawasan yang boleh terjejas. Bila makin banyak kawasan yang terjejas, maka makin letih la kita nak mengemas dan makin banyak masa kita terbuang.haha.. 

Kalau bole, hadkan kawasan mainan anak-anak. kakDa pernah buat tak tak menjadi. Anak-anak penuh imaginasi. Setiap kawasan dalam rumah, ada fungsi tersendiri yang dah termasuk dalam plan dorang.haha


6.  Tunggu semua anak-anak dah masuk tido, boleh lah kemas rumah dengan aman dan damai. Boleh lah nak mop bagai. Biasanya waktu paling sesuai (bagi kakDa) untuk kemas rumah adalah pada waktu malam.

So bila bangun esok, dah tak kalut nak sapu dan mop bagai. Just sapu-sapu sikit je kalau ada kotoran sebab taknak bagi kotor.


7. Jangan lupa untuk santai sebentar untuk menikmati rumah anda yang kemas dan bersih sambil bancuh minuman panas dan layan cerita Korea kegemaran anda.

Sebab pagi esok, bila anak-anak syurga anda bangun, semuanya akan tinggal kenangan.haha ;p


8. Paling penting, setiap hari buat checklist apa tugasan yang perlu anda siapkan. Dengan membuat checklist, lebih banyak kerja dapat disiapkan dengan cepat, lebih banyak masa anda untuk fokus pada bisnes.


9. Ini apa yang kakDa amalkan. Sebab mengikut pengalaman kakDa, kesungguhan kakDa untuk pastikan rumah sentiasa kemas tidak membantu bisnes kakDa. Bila banyak masa ditumpukan untuk menjaga kekemasan rumah 24jam, masa untuk fokus pada bisnes semakin kurang. 

Dan ianya tidak membantu dalam mengembangkan lagi bisnes kakDa.


Walaubagaimanapun, tips-tips ini hanyalah berdasarkan pengalaman kakDa sendiri. Dan tujuan kakDa hanyalah untuk memberikan sedikit idea kepada ibu-ibu diluar sana yang berkeinginan untuk bisnes dari rumah sambil jaga anak tapi tak yakin dan rasa tak cukup masa untuk berbisnes.


Semoga apa yang kakDa kongsikan dapat memberi manfaat kepada anda. Tiada yang betul atau salah. Setiap ibu mempunyai strategi masing-masing bagaimana untuk menguruskan anak dan rumahtangga. Salam.^_^


2 comments:

  1. ����������supermom. Terbaikkk ✌��️✌��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. sila la guna mana-mana tips yang membantu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...