Sunday, October 23, 2016

"Puan, anak puan ni ECZEMA". 7 Perkara Ini Harus Anda Tahu Jika Mempunyai Anak Eczema


Sebagai ibu memang stress bila orang sekeliling seperti menunding jari ke arah kita bila eczema anak tak sembuh-sembuh. Keadaan kulit anak yang penuh dengan luka-luka yang baru hendak mengering, merah-merah dan sentiasa mengaru akan membuatkan sesiapa saja akan perasan kehadiran kita bersama si kecil. Lebih-lebih lagi jika sedang berkumpul bersama ahli keluarga yang lain.

Masa ni ramai yang akan bertanya. Kenapa kulit anak? Elergik susu ka? Mama tak jaga makan ka? Tak jumpa doktor pakar kulit ka? Tak cuba pakai sabun jenama X ? Pernah cuba losyen Y? Cuba sapu ubat Z.

Hidung berdarah sebab kuat sangat garu. Muhamad akan cari permukaan yang kasar untuk menggaru.
Memang tidak dinafikan cadangan-cadangan itu inshaaAllah sangat membantu. Dan terima kasih atas keprihatinan anda. Walau bagaimana pun bagi kakDa kadang-kadang ianya agak melebih-lebih dan ianya lebih cenderung untuk menyakitkan hati dan menguris perasaan kakDa sebagai ibu kepada anak eczema. Sepertinya kakDa ibarat ibu yang tidak berapa mengambil berat dan tak usaha sedaya yang boleh untuk mengubati anak kakDa yang eczema.

Ketahuilah saudaraku bahawasanya sudah banyak yang kami lakukan. Tapi belum jumpa penawar yang sesuai. Bukan setakat seorang pakar kulit, malah kalau ada 10 pakar kulit yang ada, sepuluh-sepuluh kakDa jumpa.


Namun apakan daya, selain belum ada rezeki untuk sembuh, semua itu juga memerlukan kos. Nak jumpa pakar kulit, nak beli losyen yang natural based sebab kebanyakan chemical akan membuatkan eczema semakin teruk, supplemen-supplemen yang betul dan baik untuk usus, semuanya memerlukan duit. 
Selain duit, masa juga sama pentingnya. Perlu bagi masa untuk melihat kesan ubat/supplemen yang dimakan mahupun disapu. Ianya bukan sembuh serta-merta. Melainkan mengambil ubat steroid yang biasanya akan memberikan kesembuhan serta-merta.


InshaaAllah kami juga sedang berusaha dan buat sebaik yang kami mampu. Sudah tentu kami akan mencuba pelbagai alternatif, afterall ini kan anak kami. Banyak buat research dan terlibat dalam perbincangan bukan setakat melalui support group anak eczema di FaceBook malah kakDa juga sering menambah ilmu melalui pembacaan di internet. Dan kakDa tahu, ibu-ibu yang mempunyai anak eczema di luar sana pun tak kurang hebat usahanya.

Eczema memang ada dalam keturunan kakDa. Jadi tidak pelik kalau ada anak kakDa yang mewarisinya. Sebagai langkah mengurangkan eczema anak kakDa, kakDa sentiasa bersedia dengan supplemen-supplemen yang bertujuan untuk membantu mengurangkan radang (merah-merah), supplemen khas untuk menaikkan imunisasi tubuh dan multivitamin untuk mengisi kekurangan nutrisi akibat kebocoran usus anak eczema kakDa (leaky guts).
 

KakDa juga turut menggantikan sabun basuh pinggan, sabun basuh baju dan sabun pembersih rumah dengan produk yang berasaskan bahan Semulajadi dan bebas dari bahan kimia berbahaya. 

Meskipun sudah membuat beberapa perubahan sebegitu, eczema anak kakDa masih ada. Yang membezakannya berbanding dulu, kini (Alhamdulillah) eczemanya under control. Ketika fenomena FullMoon, tanpa apa-apa punca anak kakDa yang eczema akan mengalami flare up (badan naik merah dan gatal). Itu normal. Anak-anak eczema yang lain pun mungkin akan mengalaminya.

Memang banyak faktor yang menyebabkan Eczema. Dan kebanyakannya agak sukar untuk difahami. Namun, ada beberapa perkara yang parents anak eczema sekurang-kurangnya kena tahu:

1. Cuba kenalpasti anak sensitif pada apa. (Susu, ayam, telur, habuk, seafood, sabun, dll)
2. Belajar pasal fenomena FullMoon dan kaitannya dengan eczema.
3. Belajar pasal Leaky Guts.
4. Belajar pasal Makanan apa yang tinggi kandungan histamines. Makanan tinggi histamines akan buatkan eczema semakin teruk.
5. Join support group di Facebook.
6. Jangan lupa cuba rawatan alternatif seperti berubat cara kampung.
7. Jaga mood anak. Pastikan anak ceria. Anak yang muram akan buat eczema semakin teruk.


Teruskan berjuang. Allah dah pilih kita untuk berjuang menghadapi anak eczema. Allah bagi peluang kepada kita untuk belajar erti sabar (kakDa memang ibu yang agak kurang penyabar.huhu). 
Nak bagi kita kumpul pahala banyak-banyak. Bagi kita peluang untuk belajar banyak benda yang mungkin bole kita kongsikan kepada lebih ramai orang di luar sana. Jangan lupa berdoa. Sebab hanya Allah yang boleh bagi kesembuhan. 
Jumpa di entry seterusnya bercerita pasal pengalaman anak eczema. Salam.. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...