Tuesday, October 18, 2016

Itinerary Percutian Ke Jakarta-Bandung Oktober 2016 (Day 1)

Sementara masih fresh dalam kepala, jom kakDa share pengalaman kakDa bercuti ke Jakarta-Bandung selama 5hari. InshaaAllah kakDa akan share semua kos penerbangan, penginapan dan tempat menarik yang kakDa kunjungi sepanjang berada disana pada 8hb Oktober 2016 hingga 12hb Oktober 2016.


Untuk percutian kali ni, kakDa pergi berlima bersama suami dan adik ipar sahaja. Anak-anak tak bawak. InshaaAllah next time boleh bawak anak-anak pulak sebab percutian kakDa  ni memang sangat la sesuai untuk percutian famliy. Kiranya kakDa g try test dulu. Boleh bawak anak ke tak. 


Bukan apa bumi Jakarta dan Bandung kan tersohor sebagai tempat shopping. Kalau shopping ni kakDa tak berapa gemar bawak anak-anak. Sebab kesian dorang letih tunggu lama-lama. 


Day 1: 8hb Oktober 2016 (Sabtu)

Pukul 8.30am kakDa dah gerak ke airport Kota Bharu. Ambik Flight pukul 9.30am. Flight ke Jakarta pula pada pukul 2.55pm. Saja nak gerak awal. Sebab malas nak kalut-kalut kot ada apa masalah. Yelah kan mana tahu tetiba masa kat Imigresen nama kakDa blacklist ptptn.huahuahua...




Kul 10.30am sampai KLIA 2. Pusing-pusing cari port makan. Kami lepak kat foodcourt je. Makan nasi campur dan air mineral (Rm20). Sebelum tu singgah beli popcorn mahal dulu perisa Macadamia. 1st time beli ni. Layankan rasa teringin.haha.. Sekali-sekala bahh kann (RM38 Medium).. ^_^  lagipun sebab nak reward diri dengan performance dapat register beberapa ahli baru shaklee bulan lepas. ^_^


Lepas makan dan lepak, kami pun terus ke KIoSK AA untuk cek in ke Jakarta. Bila sampai giliran kakDa, tak boleh cek in la pulokkk. Please proceed to counterrr. 2kali try, sama jugokk.. nebess terus. Apa pasai ni... tak kan blacklist ptptn betul-betull.. T__T


Gerak cari kaunter cek in dengan rasa nebes, hati berdoa tak henti. Ya Allah janganlah bagi ada masalah. Kan tak pasal-pasal kena balik rumah takleh ikut g bercuti.huhu..


Sampai kat kaunter cek in, kakDa pun bagitau masalah takleh nak cek in, dah dua kali saya cuba tapi still tak boleh. 


Staf tanya nak kemana? kakDa jawab flight ke Jakarta langsung bagi passport kat staff yang bertugas. "Puan ke Cik?" kakDa jawab "Puan..". "Pregnant tak?".. "Tak..".. tunggu beberapa saat, "Ok. setel.." sambil hulurkan balik passport kakDa. " Thank you.." sambil senyum kakDa ambik balik passport dan boarding pass. yiihaa.. alhamdulillah ^__^

JAKARTA!! Tunggu AKU Datang!

Sebelum masuk dalam balai berlepas, kami solat dulu. Jamak qasar dalam Zohor. Lagipun masa ni tak jumpa lagi dengan adik ipar yang duk Bangi. Dia mai sekali dengan wife (owner Masyarabia Scarf) dan anak dorang umur 2tahun, mekCha


Selesai solat, adik ipar pun sampai. Dah siap cek-in semua kami pun masuk ke balai berlepas. 

WeFie dulu... ^__^
 
Naik flight kali ni terasa agak lama. Kalau kira 2jam lagi sekejap banding flight nak balik Sabah. Kalau Kota Bharu - Kota Kinabalu dekat 2jam 45 minit juga. Tapi tak terasa lama bila ada anak-anak. Flight ke Jakarta ni bosan je rasa. Dah lama kakDa tak naik flight single macam ni.huhu 


Selepas 2jam duk dalam flight, kami pun selamat sampai ke Soekarno-Hatta International Airport. Masa tempatan pukul 4pm. Indonesia lambat sejam dari kita kat Malaysia. Sebab tu walaupun masa berlepas pukul 2.55pm tapi masa sampai baru pukul 4pm waktu Jakarta.


Masa mula-mula keluar dari balai ketibaan, berlaku sedikit masalah. Mungkin juga kami salah jalan keluar. Sebab Pak Supir tak jumpa kami.haha.. padahal kami dah ikut arahan untuk keluar ke kanan. Takpelah.. pengalaman. Yang penting semua steady. Takde marah-marah. Dan menunggu dengan penuh sabar.


Malam sebelum cek in hotel, singgah makan di warung Ganthari. Menu specialnya ayam bakar. Tapi sebab dah biasa sangat dengan ayam bakar (kat Malaysia banyak kot), kami order Iga Bakar dan nasi putih (tulang rusuk bakar). 


Yang penting sedappp.. lembuut dan banyak pulak tu untuk 1 hidangan..  (total kerugian makan kat sini untuk 6 orang termasuk belanja Supir makan IDR355.000 / RM114). Murah ka mahal? ^_^


Benda menarik yang kakDa belajar masa order makan, menu minuman kat sini sangat limited. Jangan harap bole jumpa teh tarik, teh ais, milo ais, air sirap limau dan segala macam menu minuman macam kat negara tercinta kita Malaysia. Air Bandung apatah lagi. Langsung bluurr.haha.. ^_^


Yang ada Teh Botol, teh manis (teh + gula), teh tawar (teh tak buh gula), jus alpukat dan tak ingat dah air apa. Kalau macam nak nescafe ais ka..teh susu ka.. tu semua kena bancuh 3in1. Yang bancuh kat dapur tak dak. Kalau nak air mineral kena cakap nak air Aqua.


Setel makan, kami gerak cari hotel yang kakDa pilih di kawasan Thamrin. Kawasan Thamrin ni kira antara tempat best kalau stay di Jakarta. Banyak lagi hotel sekitar ni, tapi kakDa cari yang bajet je.


Hotel Residence100 kakDa booking melalui Booking.com. Untuk 3 bilik cuma Rm299.43. Lebih kurang Rm100 semalam 1 bilik. Sebenarnya hotel ni takdelah mahal sampai RM100, tapi macam banyak pulak tax kena bayar. Tu yang rapat sampai Rm100.huhu


Reason pilih hotel ni sebab kakDa nak cari hotel yang dekat dengan Mall dan murah. Memandangkan khidmat Supir yang kakDa tempah hanya untuk Airport - makan - hotel, jadi kenalah pilih hotel yang dekat dengan mall supaya takde lah bosan terperap dalam bilik, boleh try test masuk Grand Indonesia Mall, Thamrin, Jakarta. (Dah la bilik pun bilik hotel bajet je.. tak kuasa nak merap.haha.)


Hotel Residence100 ni kakDa pilih berdasarkan review kat Agoda dan Booking.com dan juga sebab harganya yang murah. Walaupun agak kedalam sedikit, tapi ok je jalan kaki. Jarak dengan Grand Indonesia Mall mungkin sekitar 5 minit jalan kaki.
View dari bilik. Bangunan tinggi tu dah area Grand Indonesia Mall
Tapi sebenarnya banyak je hotel lain sekitar ni dan mungkin kategori mampu duduk juga bagi percutian bajet macam kakDa ni. Cuma sebab tak masuk dalam Agoda, so takde rezeki nak cuba. Overall hotel ok. Takde lah sedih sangat. ^_^


Malam tu sekitar pukul 8, kami jalan kaki gi Grand Indonesia. Walau hujan renyai-renyai, belasah je. Nasib baik tak bawak anak. So bole gamble je redah hujan. Masa nak masuk mall, siap ada kena scan bagai. Ala..scan macam kat airport tu. Untuk keselamatan katanya. Kot-kot ada bawak bom kaa apa kaa.. sebab Grand Indonesia ni mall yang besarr, tempat orang kaya-kaya Jakarta lepak. 


Kami masuk cari farmasi. kakDa pun beli juga ubat untuk ketumbit. Nasib baik masa kat Malaysia dah telan Garlic Shaklee (antibiotik) dan Vitamin C banyak-banyak. Jadi takdelah bengkak sangat. Tapi beli juga ubat sebagai langkah berjaga-jaga kot tiba-tiba bengkak. Lagi satu sebab Garlic kakDa tak ingat nak bawak.huhu..


Sekitar pukul 10, kami balik hotel. Adik ipar sempat lagi order Nasi Goreng tepi jalan. Tapi kakDa dan suami terus balik. Masih kenyang makan Iga Bakar petang tadi.


Day 1 setel. Day 2 kakDa sambung di entry lain. Salam.. ^_^



 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...