Thursday, October 20, 2016

5 Faktor Ini Boleh Meningkatkan Peluang Anda Untuk Mendapat Anak Kembar


Mendapat anak kembar selepas mengalami keguguran bukanlah sesuatu yang pernah kakDa bayangkan. Apatah lagi dengan mengetahui genetik kembar yang langsung tak mengalir dalam darah kakDa.



Meskipun begitu, keinginan untuk memiliki anak kembar sentiasa ada dalam kamus hidup kakDa. Sebelum berkahwin lagi (lebih tepat lagi sejak zaman muda remaja) keinginan kakDa untuk mendapat anak kembar suda membara. Pantang jumpa buah-buahan yang kembar, kakDa mesti nak makan. 


Biasanya buah pisang yang melekat dan kadang-kadang buah rambutan. Walaupun sering dimomokkan kalau makan pisang yang melekat, nanti akan dapat anak kembar siam. Tapi kakDa telan juga.haha 




Niat kakDa makan supaya bila dah kahwin esok-esok, harapnya biar lekat anak kembar. Dari dulu lagi kakDa sokmo berdoa kalau dapat anak kembar, nak anak kembar tak seiras dan bukan kembar siam. (lucu kan.. beriya sangat nak anak kembar ^_^)


Alhamdulillah. Pada tanggal 17 Mac 2014, kakDa selamat melahirkan anak kembar tak seiras yang dinamakan Ahmad Bin Azlan dan Muhamad Bin Azlan.



Terima kasih kerana sudi baca coretan kakDa. Jom kakDa kongsikan sedikit info bagi anda yang teringin nak dapat anak kembar. Baca 5 faktor yang boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil kembar.


5 Faktor Yang Boleh Meningkatkan Peluang Anda Untuk Mendapat Anak Kembar.

 

1. Sejarah Keluarga Isteri
 
Cuba cek dalam susur galur sejarah keluarga belah kita (wanita/isteri), ada tak sape-sape yang ada anak kembar. Mungkin mak kita adalah kembar, atau mungkin kakak kita ada anak kembar. 
Kebarangkalian kita mendapat anak kembar lebih tinggi jika genetik itu dari belah kita berbanding genetik dari belah suami.


2. GayaHidup

Wanita yang suka makan makanan berprotein tinggi seperti gemar memakan stik dan minum susu fullcream adalah lebih berpotensi untuk mendapat anak kembar berbanding mereka yang vegetarian dan yang mengamalkan diet rendah lemak. (kakDa sendiri selepas gugur mengamalkan makanan tambahan protein. Tak sangka rupanya ianya juga salah satu faktor untuk mendapat anak kembar. ^_^)


3. Bilangan Anak

Dikatakan wanita yang mempunyai anak yang ramai adalah wanita yang subur. Wanita yang mudah hamil berdasarkan kehamilan lepas juga adalah wanita yang berpotensi tinggi untuk mendapat anak kembar.


4. Usia Yang Lebih Tua

Ovum wanita cenderung menghasilkan lebih dari satu telur apabila memasuki usia 30-40 an. Ini disebabkan ovum wanita berkerja dan berfungsi agak berbeza pada fasa ini. Ia cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu telur setiap bulan


5. Membuat Rawatan Kesuburan (IVF)

Menjalani rawatan kesuburan seperti IVF (In Vitro Fertilization) juga dikatakan adalah salah satu cara untuk mendapatkan anak kembar. IVF merupakan salah satu rawatan kesuburan bagi mereka yang mempunyai masalah sukar hamil.



Semoga sedikit info yang kakDa share ini dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan diluar sana. Jangan lupa share jika anda merasakan ianya bermanfaat untuk sahabat yang lain. Salam.. ^_^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...