Tuesday, November 15, 2016

Shaklee Supplemen Halal Dan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

sijil-halal-shaklee-2016 

Sekarang ni rata2 semua orang makan supplemen. Walau apa pun jenama pilihan anda, pastikan ianya adalah yang TERBAIK.


Macam kami sekeluarga, kami memilih untuk sihat bersama SHAKLEE. Kami yakin semua produk shaklee adalah SEMULAJADI, BERKESAN dan SELAMAT. Tambahan pula ianya turut disahkan HALAL.


Alhamdulillah kami sudah mengamalkannya sejak 2013 lagi dan dari hari ke hari semakin ramai yang turut serta bersama kami mengamalkan shaklee terutama di kalangan rakan2 dan family.
Saya sangat berbesar hati untuk membantu lebih ramai lagi rakan2 di luar sana untuk menjadi lebih sihat dan dapat menjalani hidup dengan lebih gembira dan bahagia.


Jangan ragu2 untuk hubungi saya ya.
Saya sentiasa bersedia membantu anda! ☺
===============
Pengedar Shaklee Kota Bharu
COD Shaklee Kubang Kerian, Shaklee Kedai Lalat, Shaklee Bachok
+60107604946 
ID: 891066
Since 2013
===============
#pengedarshakleekotabharu 
#agenshakleekotabharu 
#agenshakleekubangkerian

Pengalaman Detox Parasit Hari Kedua

Hari kedua ni kakDa nak disiplin lebih sikit. Semalam dah cheat makan sotong celup tepung. Tak kan hari ni nak cheat juga kan. Tak baikk tau.. kata nak detox.


Sebenarnya kakDa pesan kat geng detox kakDa sebelum start detox ni, rekod berat dan ukur lilit pinggang, punggung, peha dan lengan. Tapi kakDa sendiri pun tak cek ukut lilit sebab tak jumpa tali tape.haha.. kakDa sempat lari g Tesco Kota Bharu hari sebelum start detox, dapat la rembat mesin penimbang.


Kalau bukan sebab detox ni, tak beli kot. Biasa kakDa dengan husband akan cek berat time g klinik je. Time2 anak sakit, haa.. bole lah curi2 timbang. Tapi dah lama sangat kot tak timbang berat. Sebab anak-anak pun tak sakit. Jadi tak ke klinik la kami. 


Memang kakDa dapat rasa badan naik. Seluar pun rasa ketat semacam. Tak selesa. Takut sebenarnya nak cek berat ni. Takut cecah angka 6.hahah.. sampi je kat rumah, buka plastik mesin penimbang, terusss je naik. Siap rebut-rebut dengan anak-anak lagi sape nak naik dulu.huhu..


Mak dorang ni dah la tengah nebes nak cek berat, bole pulak dorang beriklan kacau kakDa.huhu.. Lepas letak sorang2 atas mesin penimbang, baru lah anak-anak puas hati, bagi chance kat mama nak naik pulak.  Jeng..jeng..jeng.. 55KG!! (Alhamdulillah..Mujuuurrr ada pamoga.hahaha..) ok wat lawak je, kakDa tak minum pun pamoga.haha..


Ku ingatkan berat dah 60kg, rupanya baru 55kg.huhu.. syukurr masih belum terlambat untuk berdiet dengan baik. Bila dah masuk usia angka 3 kat depan ni, walaupun kita tak makan banyak, biasanya berat still akan naik. Mungkin sebab hormon kita dah berubah kot.



Zaman muda remaja makan apa saja pun tak gemuk mana. Masa anak sorang, tak yah diet apa, berat turun sampai 50kg sebab breastfeeding anak je. Padahal masa pregnant berat kakDa naik bukan main. Dari 54kg g dekat 74kg.. habis pantang turun sampai 58kg. Cepat kan? Rasanya sebab baby kakDa kuat BF dan kuat nangis. Setiap jam dia bangun nak menyusu. 


Dah tu pulak, bilik kakDa berpantang (kat rumah mertua) punya lah panas. Macam bersauna je hari2. Peluh bukan main. Nak tido pun tak selesa. Jadi tak pelik kot habis pantang je berat turun sampai 58kg.haha.. pastu masa baby umur 6bulan, berat kakDa dah 50kg. Masa baby umur 8bulan, kakDa pregnant pula.muahaha.. (okay dah lari tajuk..hehe)


Hari kedua ni kakDa tak cheat. Tapi bila fikir balik, pagi tadi kakDa goreng mee. Goreng mee konfem la guna sos-sos semua tu kan. Dalam sos ni biasa mesti banyak gula. Huhu.. so, kira tak berapa betul juga la detox day 2 kakDa ni.huhu.. hancuss!


Petang tadi sempat lagi kakDa buat puree Betik bersama bijinya. Petua paling mujarab untuk bunuh parasit dan telur-telurnya adalah makan BIJI BETIK. Biji tau, bukan buah. Biji betik! Jadi kakDa pun blend kan betik dan biji-bijinya, sukatan main belasah. KakDa buhh jah semua ikut baki betik yang ada petang tadi.haha..




Mix dengan fresh milk, tak buh batu, sebab susu pun dah sejuk , betik pun baru keluar kan dari dalam peti ais. Patutnya kakDa nak buat jus. Tapi sebab susu tak banyak, pastu pulak betik terlebih kot. So jadi lah puree.haha.. rasa dia agak pedas2 sikit. Tapi belasah je telan. Nak bunuh parasit kannn..



Nak beli Set Detox Parasit, klik link kat bawah.

Pengalaman Detox Parasit Hari Pertama

Sebenarnya kakDa nak buat Detox Parasit yang makan masa 2 minggu. Kalau diikutkan, detox parasit yang FullDetox kena start 1 minggu lebih awal daripada tarikh 15hb (bulan islam) dan diteruskan 1 minggu lagi selepas 15hb.


Dan nak buat fulldetox ni kena la ada pantang larang nya. Juga ada supplemen berkaitan yang perlu diambil. Supplemen tu tujuannya tak lain tak bukan supaya proses detox parasit yang kuta buat akan lebih berkesan dan berjaya menyingkirkan parasit yang ada dalam badan kita termasuk telur-telurnya.huhu.. (geli mak tau! )


Tapi disebabkan kakDa adalah seorang pencinta makanan, maka kakDa masih tak punya kekuatan untuk ber Fulldetox ni.huhu.. 


Agak jeles tau tengok orang lain yang mampu buat. Diorang siap hilang inci, berat turun berkilo kot dalam tempoh 2 minggu. lepas tu siap rasa dah tak craving benda manis, dah tak pelik tengok kek, minuman manis pun tak lalu lepas buat fulldetox bersama dengan Supplemen khas dia.huhu..


Ko tengok?ko tengok? Macam mana la nak kurus. Nak buat detox 2 minggu pun tak sanggup. Apatah lagi nak beratkins bagai. Dugaan ka cabaran pun tak tau nak kata apa. 


Jadi dipendekkan cerita, kakDa pun join la geng ibu-ibu (dalam family Fabulous-U Shaklee kakda) yang masih breastfeeding kan anak untuk berr Softdetox.hahah.. kononnya nak practice dulu. Dah ok dengan softdetox, baru lah bole buat Fulldetox. Tak nak bagi badan terkejut dik oii.. (cover... Padahal takleh tinggal makan-makan ni. kakDa kan pencinta makanan.haha..)


Hari pertama berlalu dengan ok. Minum Coffee pun tak letak gula. Minum dengan susu cair saja.. sedap juga. Yang penting ada rasa coffee..huhu.  sampai lah masa lunch, k.da pun goreng la sotong celup tepung.

Gambar google je ni. Mengancam kan?haha

Ko baca tak apa menu yang kakDa masak lunch tadi? Sotong Celup Tepung!! Sedap kot!! Mana nak tahan..ambik satu, lepas habis satu ambik satu lagi, habis ambik lagi..hahaha.. (yang aku ni pun apa pasai la gatal tangan sangat masak menu ni.alahaiii..T_T)


Nak detox parasit ni, syarat dia yang paling utama kita kena elakkan tepung gandum dan gula. Tapi tak tahan la tengok Sotong Celup Tepung. Lagi pula goreng guna tepung jenama Bestari tu. Sedaaapppp... Sedap dari makan kat kedai kalau guna tepung Bestari ni.


Jadi hancur la detox hari pertama dengan godaan Sotong Celup Tepung.huhu..tak pa. Esok kita jadi good girl.. T_T


Pengalaman Detox Parasit Hari Kedua.

Poduk Shaklee Untuk Masalah Eczema, Gatal-gatal Dan Alergik


Assalamualaikum w.b.t  

Eczema dikalangan kanak-kanak sangat membimbangkan ramai ibubapa. Lebih-lebih lagi kalau eczema yang dialami oleh anak adalah dalam kategori yang agak teruk. Melihat luka dan darah adalah perkara biasa bagi ibubapa yang mempunyai anak eczema.


Anak kakDa pun lebih kurang juga. Habis dinding rumah diguna untuk menggaru. Dinding putih pun dah tukar jadi coklat. Sebab dah bercampur dengan darah. Bukan setakat tu je, bila dia menggaru, habis terkopek kulit belakang. Dah berdarah-darah pun masih garu lagi.


Kaki dan lengan tak payah cakap lah. Memang luka walaupun kuku dah potong pendek. Pernah sekali masa umur dia setahun lebih kakda dah tak tau nak buat macam mana, sebab luka banyak sangat. Satu badan luka. kakda hantar ke KPJ Perdana Kota Bharu. Nasib baik boleh claim insurans. Lepas 2 hari, semua luka sembuh. Magic kan? itulah kuasa steroid.


Alhamdulillah bila dah berusia 2 tahun setengah ni eczemanya beransur pulih. Tidak 100% sembuh. Masih ada tapi dah dalam kategori terkawal. Kadang-kadang je naik gatal. Itupun kalau dia menggaru takde lah sampai luka. Jadi bila tak luka, tak melarat la. Tapi kulit badan Muhamad agak kasar. Kulit masih tak berapa elok. Tapi alhamdulillah, asalkan tak gatal , tak luka, kakda dah syukur sangat.




Ketiga-tiga supplemen inilah yang kakDa bagi anak kakda makan. Sesetengah kanak-kanak (macam customer kakda) cukup makan seminggu je, surut habis semua eczema anaknya termasuk gatal kat kulit kepala. Memang bertuah betul. Rezeki kan.. Allah bagi kesembuhan setelah nak masuk 3 tahun anaknya kena eczema.


Anak kakda pula masih dalam proses untuk sembuh. Makan benda yang sama. Takpelah, at least tak melarat. Sekarang ni pun kira dah ok.


SET ECZEMA KANAK-KANAK

  1. Mealshake 
  2. Omega Guard 
  3. Chewable Vita-C (al-manna / arabic gum)
  4. Herbal Blend sebagai pelembab dan hilangkan rasa gatal.
  5. NUTRIFERON (optional. Kalau bajet banyak, of kos sangat elok untuk tingkatkan antibodi anak)
  6. Vivix (kakDa tak try lagi sebab harganya yang agak mahal. Tapi majority yang dah cuba, kata ianya sangat berkesan untuk rawat eczema)

Mealshake ni untuk anak-anak yang ada alahan pada susu lembu mungkin tak sesuai sebab dalam mealshake ni ada sedikit dicampur dengan susu lembu. 


Omega Guard pula merupakan minyak ikan. Ia mengandungi DHA dan EPA yang mana penting untuk perkembangan otak anak-anak. Menurut kajian, minyak ikan sangat penting dalam mengurangkan radang (merah dan gatal) yang disebabkan oleh eczema.


Ia juga penting dalam mengawal mood seseorang. Kekurangan minyak ikan dalam tubuh, akan menyebabkan masalah moody. Mood yang tak baik tidak elok untuk pesakit eczema. 'Bad mood' atau stress akan menyebabkan eczmea bertambah teruk.


Chewable Vita-C Shaklee mengandungi 100mg vitamin C dalam setiap tablet. Vitamin C penting untuk meningkatkan antibodi anak. Anak yang mempunyai Eczema, mempunyai antibodi yang rendah. Mereka lebih mudah jatuh sakit berbanding anak-anak yang tidak mempunyai eczema.

Vitamin C shaklee juga mengandungi Arabic Gum (al-manna) yang kita tahu sangat elok dimakan oleh penghidap eczema. Ia antara makanan yang bole mengurangkan masalah ECZEMA.


KakDa dah banyak melabur untuk beli losyen yang sesuai untuk Muhamad. Dan bagi kakDa semua losyen tu sangat la mahal. Dah lah mahal, kita pula tak tahu losyen tu serasi atau tak untuk anak kita.


Kadang bila sapu kat badan Muhamad, tak sesuai. Jadi bertambah teruk dan sebagainya. Mungkin ia sesuai untuk anak orang lain, tapi tak sesuai untuk anak kita. Sebab tulah kakDa dah putus asa nak beli losyen jenama lain.


KakDa teruskan sapu Herbal Blend. Alhamdulillah memang ada perubahan. Harganya pula murah dan bole sapu banyak-banyak.


Kalau anak anda mempunyai eczema, jangan mudah berputus asa. Kita sama-sama berjuang untuk kesembuhan mereka. Yang penting jangan putus asa untuk mencuba pelbagai alternatif rawatan.


Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk hubungi kakDa.Okay?


KakDa | 010.760.4946
Pengedar Shaklee Kota Bharu
(COD Shaklee Kubang Kerian, 
Shaklee Kedai Lalat, 
Shaklee Bachok)


Anda juga boleh membuat pembelian melalui link Set Eczema berikut: (Pastikan ada mempunyai Debit/Kredit Card untuk membuat pembelian)

Omega Guard
Chewable Vita-C
Mealshakes 

http://bit.ly/2fbgJg5

Monday, November 14, 2016

Harga Ahli Untuk Yang Bukan Ahli? Adil kah?

Situasi yang sering berlaku.

1. Jual harga ahli - niat mau bantu customer (kononnya), tapi menindas rakan niaga sendiri.

2. Jual harga retail - niat mahu berniaga secara adil, persaingan sihat, tapi customer anggap mereka tertindas.

SID (Shaklee Independent Distributor) bayar rm65 untuk menjadi ahli supaya boleh menikmati segala keistimewaan ahli.

Customer dalam situasi ni rasanya sangat mementingkan diri sebab TAK NAK join ahli (cuma rm65) tapi marah jika kita tidak bagi diorang beli dgn harga ahli. 

SID yang jual harga member kepada customer pula amatlah tidak senonoh kerana menganiaya SID lain.

Buat SID berkenaan - dimana keberkatan berniaga?
Buat customer - janganlah zalim sangat kami pun cari sesuap nasi :)

Niat kami cuma mahu menambahbaik kesihatan anda dengan consultation terbaik, bukan just touch & go.

Mohon jangan terasa.. fikirkan dari segi positif :)
---------
# Untuk pengetahuan semua, Shaklee Malaysia Sdn Bhd telah menguatkuasakan penjualan retail (start mac 2014) bagi bukan ahli shaklee. So kalau mahu menikmati penjimatan sehingga 25% anda bole mendaftar sebagai ahli shaklee. Makan sendiri pun ok. 

Kami juga menyediakan Group Ahli Makan Sendiri untuk anda yg tidak mahu berbisnes dan segala info yang anda perlukan seperti cara makan, dosage pengambilan dan tips2 sihat ada di dalam group tersebut. Segala2nya disediakan kerana anda adalah tanggungjawab kami.


CnP and Edited.
Pengedar Shaklee Kota Bharu
KakDa | 010.760.4946
COD Shaklee Kubang Kerian, Shaklee Kedai Lalat, Shaklee Bachok

Wednesday, November 9, 2016

Disebalik Kitaran Umur Hidup Manusia

KITARAN UMUR
Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.


Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.


Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.

Wallahu'alam.. Copy And Paste.


Monday, October 31, 2016

Omega Guard Pengganti Ubat Anti- Histamines Muhamad

Dulu kan, kakDa pernah minta KPJ Perdana admit Muhamad pasal eczema. Masa tu, eczema nya sangat teruk sebab dia garu dan dah jadi 'secondary infection', luka2 teruk sangat seluruh badan. (Kecuali muka)

Paling teruk pun jadi macam ni je kat muka. Just merah-merah. Tak pernah sampai luka. 

Tapi Muhamad di refer pada Pakar Kanak-kanak. Bukan pakar kulit. Jadi doktor pun on ubat steroid yang dimasukkan melalui IV Drip (betul ka nama dia ni ). Masuk air kat tangan tu lerrr..


Dalam 2hari licin mulus kulit Muhamad. Menyerlahkan lagi muka Mat Saleh nya.


Bila balik rumah (masa ni stay dengan mentua lagi), pakat kata Muhamad nampak berisi.


KakDa pun berfikir, mungkin sebab Steroid. Kann ahli bina badan tu buat badan ambik steroid. Kan? Kan? Ker kakDa salah info. 


Next appointment, jumpa balik doktor kanak-kanak. Macam-macam ubat dibagi. Salah satunya ubat tahan gatal - Anti Histamines.


KakDa tanya,
"sampai bila anak saya kena bertahan makan UBAT ni doc?"


Doktor jawab " sampai bila-bila..saya sendiri makan ubat ni sebab saya pun ada eczema".


Mak aiiii... Anak aku kecik lagi kot. Tak kan nak makan sampai ke tua.


KakDa tanya lagi " Takde side effect ka doc?" (Lucu kan soalan ni. Lebih kurang ko tengok orang tengah makan, ko tanya lagi, tengah makan ka tu? )


Ubat kot, mestilah ada side effect.


Doc jawab " ada.. tapi minimal.. tak berbahaya sangat".


Jadi kakDa pun teruskan penggunaan ubat tu (jarang-jarang) sampai la baru-baru ni ubat habis.


KakDa pun mai terfikir 'Omega Guard anti radang (gatal merah adalah radang). So why not aku bagi chance kat omega. Buktikan bole tak dia buat gatal Muhamad stop bila tiba-tiba gatal dia mai mengamuk'


Cuba teka??...
Berkeson kot!! Alhamdulillah..


KakDa bukan apa, kakDa tau, ubat yang kakDa bagi Muhamad tu mungkin ada kesan sampingan lain yang kakDa tak tau. Nama pun ubat kot. Kalau makan bertahun, tak tau la apa jadi.


Bila Omega Guard Shaklee boleh tolong disaat-saat kecemasan, kakDa syukur sangat2 sebab dah tak perlu bergantung dengan UBAT.


Budak eczema ni bole je diserang gatal secara tiba-tiba jika ada termakan benda yang tinggi kandungan Histamines, contoh makanan dalam tin, makanan yang dipanaskan berulang kali, sayur terung, minuman/makanan bercaffien. 


Silalah refer pada carta makanan. Korang boleh google sendiri. Kalau malas klik je sini.

Nampak tak kenapa kakDa kena borong OMEGA masa tengah promo ni?
KakDa boleh jimat duit sampai RM115 kot kalau beli offer yang Buy 6 Free 1 tu.


Lagipun bukan Muhamad je yang nak makan Omega, anak-anak bijak kakDa yang lagi 3 orang tu pun makan.


KakDa yang penting kan KECANTIKAN berat badan ideal ni pun lagiii laa kena makan. Nak maintain berat badan ideal bukan senang tau untuk ibu beranak 4.


Jadi 7 botol tu agak2 berbaloi sangat ka tak anak2??
Ok. Panjang! Haha
Takpe yang penting sharing nya ikhlas. 

kakDa | 010.760.4946
Pengedar Shaklee Kota Bharu
#stargazerpro
#pengedarshakleekotabharu
#rawatanakeczema
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...